Polis Pahang Lancar 'Ops Tutup' Kesan Tahanan Lari

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang melancarkan 'Ops Tutup' bagi mengesan tahanan yang lolos dalam kejadian di pekarangan mahkamah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata operasi itu dilancar dengan kerjasama polis Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Saya telah memanggil mereka (anggota polis pengiring) yang terlibat dalam kejadian ini dan saya dapati kes ini memerlukan siasatan rapi selepas mendengar keterangan daripada mereka," katanya, di sini Jumaat.

Beliau berkata anggota polis yang terlibat dalam kejadian semalam itu telah diberikan tugasan lain dan tindakan susulan akan diambil jika siasatan mendapati berlaku kepincangan dalam prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Dalam kejadian 1.30 petang Khamis, seorang daripada 11 tahanan yang digari secara berantai dalam dua kumpulan, meloloskan diri ketika kenderaan Black Maria yang membawa mereka tiba di pekarangan bangunan mahkamah di Indera Mahkota di sini.

Muhammad Juli Hadi, 24, dari kampung Jaya Baru, Bukit Bading, Terengganu itu melarikan diri dengan terjun daripada kenderaan berkenaan sebelum memanjat keluar pagar bangunan mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan