Polis Melaka Teliti Rekod Kesihatan Remaja Perempuan Ditemui Mati Kelmarin

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis akan meneliti rekod kesihatan remaja perempuan yang mayatnya ditemui di tempat pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek pada Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata ini kerana siasatan awal mendapati mangsa mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

"Soal siasat ke atas suspek lelaki berusia 17 tahun yang ditahan susulan penemuan mayat mangsa, mendapati mereka ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal kira-kira 9 malam sebelum mangsa mengalami sesak nafas.

"Suspek cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal, dan dia yang panik dengan keadaan itu bertindak meninggalkan mangsa di situ," katanya pada sidang media, di sini Jumaat.

Menurutnya hasil bedah siasat ke atas mayat remaja itu juga gagal mengenal pasti punca kematian kerana keadaan mayat yang mula mereput.

Dalam kejadian 7 malam Rabu, mayat Aimi Hamizah Mohamad, 14, ditemui sekumpulan remaja kampung itu yang dalam perjalanan pulang selepas bermain bola sepak di padang berhampiran lokasi kejadian.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Ayer Molek itu dilapor hilang selepas gagal pulang ke rumahnya di Taman Desa Molek, di sini Isnin lepas, setelah keluar untuk ke kelas mengaji al-Quran kira-kira pukul 7.40 malam.

Mayat anak perempuan tunggal daripada tiga beradik itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang di atas sekeping papan lapis di tapak pembuangan sampah tersebut, empat kilometer dari rumahnya.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang remaja lelaki di sebuah rumah di taman perumahan yang sama dengan mangsa.

Mengulas lanjut, Gunarajan berkata remaja lelaki itu yang belajar di sekolah yang sama dengan mangsa mengaku telah lama berkenalan dengan mangsa serta sering berbalas mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya soal siasat ke atas remaja itu turut mendapati suspek membawa lari beg mangsa yang mengandungi dua buah buku dan telefon bimbit, yang kemudian ditinggalkan di sebuah surau berhampiran lokasi mayat.

Remaja itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan