Mayat Pelancong Britain Terbunuh Di Pulau Perhentian Dituntut Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Mayat pelancong Britain, Madaline Jayne, 25, yang terkorban akibat terkena kipas bot pelancong di perairan Teluk Aur Pulau Perhentian Kecil, Isnin lalu, dituntut keluarga dari Rumah Mayat Hospital Daerah Besut di sini Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Supritenden Noor Zainy Mohd Noor berkata mayat dituntut pada 10.30 pagi oleh bapa mangsa, Robert Antony yang hadir bersama wakil Kedutaan Britain Matthew Rogers dari Kuala Lumpur.

Katanya, mayat dibawa ke Kuala Lumpur dengan sebuah van syarikat pengurusan pengkebumian dan akan diterbangkan ke England untuk urusan pengkebumian pada 4 Jun.

Dalam kejadian 10.20 itu, Jayne yang berasal dari Hereford, England bersama dua lagi rakan sedang melakukan aktiviti menyelam dan berenang di satu kawasan di luar Zon Selamat dan tidak memakai jaket keselamatan dan tidak dikawal.

Akibat kemalangan itu, Jayne cedera parah di bahagian kaki, paha dan punggung mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan di pulau itu manakala seorang rakannya, Simons James Rogers, 22, dari Australia yang cedera parah kini dilaporkan stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Negeri Supt Rotzarn Rashid berkata beberapa lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Katanya pemandu bot berkenaan serta empat pelancong tempatan telah dipanggil pada hari kejadian bagi merakamkan percakapan mereka.

"Semasa hari kejadian, terdapat sembilan penumpang di dalam bot berkenaan empat dewasa dan lima lagi kanak-kanak dan kita telah memanggil kesemua pelancong dewasa itu untuk membantu siasatan.

"Kita akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dan dalam tindakan untuk merakamkan percakapan mereka," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan