Bomba Bongkar Makmal Proses Dadah Di Paya Terubong

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Panggilan kecemasan yang diterima daripada orang awam yang melihat kepulan asap dari sebuah unit pangsapuri di Paya Terubong di sini, membawa kepada penemuan sebuah makmal memproses dadah.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran di tingkat satu itu pada pukul 9.30 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke Pangsapuri Desa Permata itu.

"Kami dapati rumah itu berkunci sebelum seorang lelaki datang membuka pintu dan sebaik sahaja kami masuk ke dalam terdapat kepulan asap tebal berbau pelik memenuhi ruang tempat itu," katanya ketika dihubungi Khamis.

Beliau berkata tiada penghuni di dalam rumah itu dan lelaki yang membukakan pintu unit pangsapuri berkenaan menghilangkan diri sebaik membuka pintu.

"Setelah mengeledah rumah itu, kami menemui beberapa jenis pil, serbuk dipercayai dadah dan peralatan memproses dadah. Kami menghubungi polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt S. Batumalai ketika dihubungi mengesahkan penemuan makmal dadah itu dan berkata nilai dan jumlah rampasan belum dapat disahkan.

"Setakat ini siasatan terperinci sedang dijalankan dan kami turut memburu seorang lelaki dipercayai penghuni rumah itu untuk membantu siasatan," katanya yang enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan