20 Perisian Cetak Rompak Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang merampas pelbagai salinan perisian yang disyaki tidak berlesen dalam serbuan di sebuah premis pengeluar kecergasan dan peralatan gaya hidup di Seberang Perai, dekat sini.

Antara perisian disyaki cetak rompak yang dirampas dalam serbuan pada pukul 1.40 tengah hari Khamis itu ialah Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adobe CS3 Web Premium, Adobe CS4 Master Collection, Autodesk Maya dan Microsoft Office Enterprise.

Rampasan yang melibatkan tiga komputer dan 20 salinan perisian yang disyaki cetak rompak itu keseluruhannya bernilai RM117,600, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Abdul Rosik Yakub.

Beliau berkata, serbuan itu dibuat hasil maklumat daripada The Software Alliance, yang juga dikenali sebagai BSA, iaitu peguam global utama untuk industri perisian.

Abdul Rosik berkata, kes itu akan disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 bagi setiap satu salinan dan minimum RM2,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, kes itu adalah antara 10 kes mengikut Akta Hak Cipta yang diambil tindakan tahun ini melibatkan nilai rampasan RM64,000.

Sementara itu, Abdul Rosik berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap 282 kes melibatkan rampasan bernilai RM700,000 dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Beliau berkata, kes-kes itu melibatkan Akta Kawalan Bekalan, Akta Timbang Sukat, Akta Jualan Langsung, Akta Perihal Dagangan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Kawalan Harga. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan