Wanita Lemas, Kereta Yang Dipandu Terbabas Ke Dalam Parit Tali Air

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita mati lemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit tali air di kawasan sawah padi Parit 6, Sungai Besar Khamis.

Mayat Asiah Mohd Rasidi, 54, dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Pegawai Bomba kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar Ishak Hamzah berkata dalam kejadian 2 petang itu, Asiah memandu kereta itu yang turut dinaiki dua lagi saudaranya.

"Mereka dikatakan dari kampung Asiah berhampiran tempat kejadian. Kereta Proton Wira itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit tali air," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata dua lagi penumpang kereta itu hanya mengalami kecederaan biasa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan