Pelancong Australia Terkena Kipas Bot Kini Stabil

Diterbitkan: Khamis, 30 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang pelancong Australia yang cedera parah terkena kipas sebuah bot pelancong di perairan Pulau Perhentian, Besut, Isnin lepas kini dilapor stabil.

Menurut Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Simons Jones Rogers, 21, yang mengalami pelbagai luka di bahagian punggung kiri, paha kiri dan kaki serta patah tulang betis kanan telah menjalani pembedahan pada Selasa lepas.

"Keadaan pesakit kini dalam keadaan yang stabil dan hospital telah memaklumkan keadaannya kepada Kedutaan Australia," kata HUSM dalam kenyataan kepaad Bernama di sini, Khamis.

HUSM berkata Rogers dimasukkan ke hospital itu kira-kira 9 malam pada hari kejadian selepas dirujuk dari Hospital Besut, Terengganu dan ketika itu pesakit berada dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada Rogers selepas beliau sedar daripada pembedahan.

Dalam kejadian itu, rakan Rogers yang dikenali sebagai Madaline Jayne, 25, dari Hereford, England maut selepas terkena kipas bot pelancong dalam kejadian pada pukul 10.20 pagi itu.

Jayne meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan awal setelah cedera teruk di kedua-dua kaki, punggung dan badan.

Rogers pula dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dipindahkan ke HUSM.

Kedua-dua pelancong itu dikatakan sedang melakukan aktiviti menyelam dan berenang di luar kawasan perairan selamat dan didapati tidak memakai jaket keselamatan serta tidak dikawal sebelum dirempuh bot berkenaan.

Mengikut rekod, Jayne tiba di Malaysia sejak 4 April lepas dari Indonesia dan menginap di Senja Bay Pulau Perhentian Besar sejak dua minggu lepas manakala Rogers pula menginap di sebuah resort berhampiran.

Mereka dikatakan mengikuti kursus snokerling dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Perhentian Besar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan