Perhimpunan Haram: Polis Terengganu Sudah Ambil Keterangan Beberapa Individu - Berita Jenayah | mStar

Perhimpunan Haram: Polis Terengganu Sudah Ambil Keterangan Beberapa Individu

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakamkan percakapan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan di Kuala Ibai, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata siasatan lanjut berhubung perhimpunan anjuran pembangkang di sini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedang giat dijalankan.

Selepas selesai siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kes ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Khamis lalu puluhan ribu rakyat Terengganu majoritinya anak muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai sempena Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU-13.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dan berucap ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan