Lelaki Ditahan Bersama Barangan Samun Bernilai RM10,000

Diterbitkan: Selasa, 28 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pecah rumah dan merampas pelbagai barangan samun bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah kampung di sini, pada tengah malam Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tuaran Abdul Fuad Abdul Malek berkata hasil maklumat orang ramai polis menahan suspek yang dipercayai penagih dadah berumur 31 tahun pada 12.30 tengah malam serta menemui lima bungkus syabu seberat 0.6 gram.

"Suspek seorang penganggur yang mempunyai rekod jenayah sejak 2005, bergiat aktif sejak tahun lepas melibatkan jenayah pecah rumah di sekitar Tuaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran di sini, Selasa.

Abdul Fuad berkata antara barangan yang ditemui adalah komputer riba yang telah diubah suai, barangan kemas, jam tangan, pisau, resit gadaian emas, televisyen dan peralatan pecah rumah.

Beliau berkata polis sebelum ini menangkap tiga anggota kumpulan berkenaan dan masih memburu saki-baki kumpulan itu.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai terutamanya pengguna jalan raya agar tidak mengambil minuman yang memabukkan bagi mengelak kejadian tidak diingini sempena menyambut Pesta Kaamatan pada hujung minggu ini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan