Wanita Terkejut Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia Sudah Tiga Minggu

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita hamil yang terkejut apabila mendapati bayi kandungannya berusia lima bulan telah meninggal dunia selama tiga minggu mendakwa ia berlaku kerana kecuaian klinik.

G. Santhi, 25, berkata dia hanya mengetahui jantung bayi dalam kandungannya tidak berdegup selepas berunding dengan seorang pakar obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di sini pada 17 April.

Katanya, dia telah pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas mengalami ketidakselesaan berikutan rawatan susulan di klinik kesihatan awam di Buntong di sini pada hari yang sama.

"Kakitangan perubatan di klinik memberitahu saya hasil ujian air kencing dan darah menunjukkan bahawa kandungan berada dalam keadaan baik," katanya pada sidang akhbar yang diadakan oleh ADUN Buntong A. Sivasubramaniam di ibu pejabat DAP negeri di sini, Isnin.

Santhi, yang bekerja sebagai kerani am berkata dia menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada 20 April untuk mengeluarkan bayinya.

"Saya amat kecewa apabila saya kehilangan anak kerana kecuaian kakitangan perubatan di klinik," katanya.

Sebelum mengandung, Santhi telah mengalami dua keguguran dan telah menjalani pemeriksaan secara berkala di klinik.

"Saya tidak tahu punca saya mengalami keguguran biasa," katanya, sambil menambah dia berkahwin dengan suaminya, B. Gobinath, 30, dua setengah tahun yang lalu.

Sivasubramaniam berkata beliau telah menulis surat kepada Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan klinik yang terlibat untuk meminta penjelasan.

"Kami sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap orang-orang yang bertanggungjawab bagi kejadian itu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan