Mayat Tanpa Kepala Dan Badan Ditemui Dalam Semak

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan mengerikan tanpa kepala dan badan di dalam semak berhampiran Masjid Jalan Baru, di sini Ahad.

Mayat dari paras pinggang ke bawah, berseluar jeans itu ditemui pada 12 tengah hari oleh orang awam yang menebang pokok di dalam semak berkenaan.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat itu tetapi seorang wanita warga Myanmar mendakwa mayat itu adalah anak saudaranya berdasarkan seluar jeans berwarna hitam yang dipakai mangsa.

Sarah Moghul, 44, berkata anak saudaranya berumur 28 tahun yang juga warga Myanmar dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dua minggu lalu selepas keluar menunaikan solat Subuh di Masjid Jalan Baru.

Katanya, sejak kehilangan anak saudaranya itu beliau dan suami, Hussin Mohd Rafik, 45, berusaha mencari pemuda berkenaan di merata tempat termasuk bertanyakan rakan-rakannya, bagaimanapun gagal.

"Anak saudara saya menyewa bersama rakan-rakannya di kampung ini (Jalan Baru) dan menurut mereka kali terakhir dia dilihat adalah pada 28 April lepas.

Sebelum itu, dia dilihat keluar memakai seluar jeans hitam dan berkemeja-T coklat untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Jalan Baru dan selepas itu tidak pulang.

"Saya ada menelefonnya selepas mengetahui kehilangannya tetapi tidak berjawab dan selepas itu telefon bimbitnya sudah tidak aktif. Bila saya lihat (mayat), saya syak ia anak saudara yang hilang itu berdasarkan seluar miliknya," kata Sarah.

Sarah berkata, anak saudaranya itu menetap di negara ini sejak dua tahun lepas dan melakukan kerja kontrak bagi membantu keluarganya yang kini berada di kem pelarian Rohingya di Myanmar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Baharom Abu ketika ditemui di tempat kejadian berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

"Identiti mayat masih belum diketahui kerana tiada pengenalan diri ditemui bersamanya. Namun, ada pengecaman dibuat seorang lelaki dan mendakwa mayat itu milik anggota keluarganya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan