Perompak Pecah ATM, Larikan Wang RM126,000

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM126,000 selepas memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam premis sebuah bank di Jalan 1/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, mereka dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM sebelum melarikan wang rompakan.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP, Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang pengusaha pusat tuisyen pada 11 pagi.

"Ketika pengusaha membuka pintu pusat tuisyennya, beliau terkejut melihat gril pintu belakang pecah.

"Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan pintu belakang pusat tuisyen berkenaan sebelum bertindak menebuk lubang di dinding dan masuk ke bank itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohan Singh berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kesemua suspek berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan