Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit Lebih 10 Kes Pecah Kereta Di George Town

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam lebih 10 kes pecah kereta di bandar ini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi dalam Ops Cegah Jenayah di Sungai Nibong di sini.

"Ketika ditahan, lelaki itu memandu kereta jenis Naza Ria dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan adalah kereta curi.

"Kami turut menemui tiga keping kad kredit yang pernah dilapor hilang dan beberapa peralatan yang diguna untuk memecah kenderaan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit di Tanjong Tokong dan menemui enam keping lagi kad kredit, lapan kad ATM, enam geran kenderaan pelbagai nama serangkai kunci kereta pelbagai jenis, dua komputer riba dan lima telefon bimbit pelbagai jenama.

Gan berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang berasal dari Sungai Buloh Selangor dan pernah bekerja sebagai mekanik itu mula bergiat aktif dalam jenayah itu awal Januari lepas.

Polis akan memanggil mangsa yang pernah membuat laporan hadir ke balai polis untuk membantu siasatan, katanya sambil memberitahu bahawa lelaki itu direman sehingga Isnin depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan