Tiga Lelaki Ditahan Kerana Miliki Dadah

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah bernilai RM1,800 dalam pemeriksaan terhadap sebuah kereta di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemeriksaan terhadap kereta Perodua Viva yang ditahan pada pukul 2 petang itu dibuat hasil maklumat orang awam.

"Pemeriksaan mendapati empat botol plastik kecil mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis Heroin disimpan di beberapa tempat di dalam kereta itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu. . Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki tiga biji pil dipercayai dadah jenis Methamphetamine (pil kuda).

Kesemua lelaki berusia antara 24 dan 43 tahun itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul dan menggugut serta merampas barangan termasuk wang tunai daripada seorang pemilik kedai dobi di Kampung Kepala Gajah, Jerteh di sini 13 Mei lepas.

"Suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Alor Keladi pada pukul 7 petang Selasa," katanya.

Kamaruddin berkata siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati kereta jenis Honda Civic yang diguna suspek ketika ditahan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilapor hilang di Butterworth tahun lepas.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif dadah, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan