Pelajar Maut Terjun Tingkat Tiga Bangunan Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mati selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, pelajar terbabit, Syamil Ismail, 15, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kira-kira jam 11.50 pagi.

"Dalam kejadian 11.30 pagi Khamis di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sira, dekat sini, pelajar kelas 3A itu dikatakan sedang bergerak bersama rakan sekelasnya menuju ke dewan sekolah di tingkat satu.

"Tiba-tiba dia berlari dan cuba terjun dari tingkat berkenaan, tindakannya itu cuba dihalang beberapa rakannya tetapi gagal," katanya.

Kata beliau, pelajar berkenaan terjatuh di atas rumput dalam keadaan tertiarap di hadapan tandas pelajar perempuan Blok B sekolah terbabit.

Katanya, pihak sekolah kemudian bertindak menghubungi ibu bapa mangsa sebelum pelajar berkenaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mengikut maklumat awal dari pengetua sekolah itu, pelajar terbabit didakwa mengalami masalah gangguan mental sebelum ini.

"Laporan bedah siasat juga mendapati pelajar meninggal dunia kerana kesan hentakan yang kuat akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan