Pekerja Kontrak Dicedera & Ditinggalkan Dalam Semak

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kontrak Petronas cedera di belakang badan, kaki dan dada setelah dilibas, dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin di Dungun, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 27 tahun berada di rumah rakannya di Kampung Rajawali, Dungun dan didatangi empat lelaki yang dikenalinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata keempat-empat suspek berkenaan sempat bertanyakan beberapa soalan namun mangsa tidak menjawab sebelum salah seorang suspek bertindak melibas belakang badan mangsa menggunakan parang.

Katanya suspek kemudiannya membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Batu Putih namun mangsa berjaya melarikan diri dan menyorok di kawasan semak berhampiran.

"Ketika menyembuyikan diri, mangsa terdengar bunyi tembakan dan terasa pedih di bahagian dada dan betis kanan.

"Kemudiannya empat suspek berkenaan menghampiri mangsa dan terus mengikat tangan, menoreh di kedua-dua belah peha dan menyumbat mulut mangsa dengan kain sebelum meninggalkannya dalam keadaan terikat," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Mangsa yang merupakan penduduk tempatan berjaya melepaskan diri kira-kira pukul 3 petang keesokkan setelah ditinggalkan berseorangan dengan tangan terikat dalam semak berhampiran ladang ternakan lembu.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan itu dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini dan bebola logam akibat tembakan itu telah dikeluarkan.

Manoharan berkata pihaknya percaya mangsa dicederakan menggunakan badik, parang, pisau rambo dan senapang angin berdasarkan kecederaan yang dialami.

Katanya pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada masalah hutang rakannya berkaitan urusan jual beli dadah.

"Kita dapati rakan mangsa telah berhutang dengan lelaki berkenaan dan setelah mereka gagal mendapatkan kembali duit itu, si mangsa ini dijadikan umpan untuk mengetahui di mana rakannya berada," katanya.

Beliau berkata pihak polis telah berjaya mengenal pasti keempat-empat suspek yang berusia 23 hingga 29 tahun dan merupakan penduduk tempatan dan pihaknya juga telah memanggil dua rakan mangsa untuk membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan