Empat Anggota ‘Botak Gang’ Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Empat Anggota ‘Botak Gang’ Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis telah menahan empat anggota kumpulan ‘Botak Gang’, yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kira-kira 20 kes rompakan di Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, keempat-empat anggota itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di tol Lebuh Raya Utara Selatan Kuala Kangsar pada kira-kira pukul 2,30 pagi Selasa.

“Empat suspek itu berusia antara 16 dan 38 tahun. Kami merampas dua pistol palsu dari kenderaan mereka.

“Kumpulan itu mendapat namanya kerana ketuanya yang merupakan lelaki berusia 38 tahun berkepala botak,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan