Dibelasah Kerana Curi Lembu

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua lelaki yang cuba mencuri seekor lembu dibelasah hingga parah oleh penduduk Felda Kota Gelanggi 2 dekat sini awal pagi Selasa.

Kereta yang dinaiki mereka turut dibakar dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata kedua-duanya yang berusia 19 dan 21 pada mulanya telah menyumpit ubat pelali kepada seekor lembu di tepi jalan di Felda tersebut, menyebabkan haiwan berkenaan tidak sedarkan diri.

Binatang tersebut ditinggalkan di situ sebelum kedua-duanya datang kembali untuk memuatkan haiwan itu di dalam kereta mereka, tanpa menyedari sekumpulan penduduk yang sedang membuat rondaan dan menyedari kejadian itu menunggu kedatangan mereka.

"Sebaik kedua-duanya keluar dari kereta untuk mengambil ternakan itu, para penduduk menyerbu mereka sehingga menyebabkan kedua-duanya masuk semula ke dalam kereta mereka untuk melarikan diri. "Namun kereta mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter. Para penduduk menarik keluar mereka yang tersepit di dalam kereta sebelum membelasah mereka dan kemudian membakar kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Kedua-duanya turut dihantar ke hospital.

Azid berkata polis membuka dua kertas siasatan iaitu kerana mencuri dan mendatangkan kecderaan.

Namun setakat ini tiada tangkapan terhadap penduduk berkenaan dilakukan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan