APMM Gagalkan Cubaan Seludup Kayu Amara Dari Negara Jiran

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup 57 batang kayu amara/malam dari negara jiran menggunakan bot malam Isnin lalu.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Kapten Maritim Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata, kayu berkenaan dirampas dari sebuah bot yang diperiksa di kawasan perairan Terumbu Tanduk, berhampiran Pulau Sipadan, pada 8.45 malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa muatan kayu amara/malam sebanyak 57 batang dan gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan. Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Sulawesi, Indonesia, ke Tawau," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Menurut Wan Mohd Affandy, selain bot, turut ditahan bagi membantu siasatan ialah seorang juragan bersama enam awak-awak warganegara Indonesia kerana kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Juragan bot berkenaan juga gagal mempamerkan lesen bot dan kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967 Larangan Eksport.

Sementara itu, Wan Mohd Affandi mengalu-alukan sebarang maklumat awam berkaitan penyeludupan menerusi talian Hotline APMM Tawau 089-752115.

Katanya, kerjasama rapat dengan masyarakat setempat diharap dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan seterusnya menjadikan perairan Tawau dan kawasan sekitar selamat dan terkawal. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan