SKMM Minta Orang Ramai Awasi E-Mel Penipuan Guna Identiti Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimaklumkan akhir-akhir ini bahawa insiden 'e-mel penipuan Nigeria' yang dahulunya pernah diterima orang ramai kini semakin berleluasa.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata namun kali ini e-mel penipuan berkenaan menggunakan nama rakyat Malaysia atau nama tokoh dari Malaysia.

Beliau berkata modus operandi penipuan termasuklah menggunakan alamat e-mel palsu, menceritakan tentang sesuatu musibah, dan seterusnya merayu bantuan kewangan dan kemudiannya cara-cara mengkreditkan wang ke suatu akaun yang palsu.

"Penipuan ini bukan sahaja menggunakan nama-nama orang Malaysia yang biasa didengar oleh penerima, tetapi juga nama-nama personaliti politik atau isteri mereka. "Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai e-mel seperti ini. Ini suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Penipuan ini menggunakan akaun e-mel dan alamat palsu. Jadi, jangan terpedaya," katanya.

Orang ramai juga diperingatkan agar tidak memapar, memapar semula atau memajukan e-mel penipuan sebegini kerana tindakan itu boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan