Polis Sahkan Terima Laporan Wartawan Dipukul di Perhimpunan Lilin Pelajar USM

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan kes wartawan dipukul ketika membuat liputan di perhimpunan lilin anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di Jalan Sungai Dua malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihaknya telah menerima dua laporan daripada petugas media akhbar Cina dan berita portal, masing-masing pada pukul 12.20 tengah malam dan 2.20 petang Selasa.

Katanya setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat penganjuran himpunan itu mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

"Kita harap perkara ini tidak dijadikan spekulasi oleh mana-mana pihak kerana siasatan akan dijalankan dan menasihati orang ramai bertindak bijak dalam menyuarakan pendapat kerana banyak saluran yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Kepolisan Berprofil Tinggi di Kompleks beli belah Bukit Jambul, di sini Selasa.

Semalam, kira-kira pukul 8.30 malam, 30 mahasiswa mengadakan himpunan lilin di hadapan KFC Sungai Dua sebagai simbolik mendesak agar Adam Adli yang direman lima hari dibebaskan.

Himpunan aman itu kemudiannya diganggu sekumpulan lelaki memakai topi keledar yang datang ke lokasi itu dan cuba membangkitkan kemarahan pelajar berkenaan dengan mengutuk tindakan mereka sebelum berlaku kejadian tolak menolak antara kedua-dua belah pihak.

Dua petugas media terbabit merasakan diri terancam dengan tindakan agresif itu selepas mereka ditolak dan ditepis di bahagian lengan serta dihalang daripada merakam gambar kejadian.

Perhimpunan itu dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Rashid Hasnon dan Ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM) Choo Chon Kai yang turut memberi ucapan di hadapan kumpulan pelajar berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan