Polis Rampas Senapang Buatan Sendiri Daripada Pengusaha Bengkel

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis merampas selaras senapang angin dan empat lagi komponen senjata buatan sendiri itu hasil penahanan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Sungai Kelat, Sungai Balang di sini Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh cawangan narkotik kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut merampas 300 butir bebola besi dan 14 biji logam timah dipercayai untuk dijadikan peluru.

"Berikutan itu polis menahan pengusaha bengkel berkenaan yang berusia 35 tahun untuk membantu siastan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini Selasa.

Polis sebelum itu, katanya menyerbu ke premis berkenaan setelah menerima aduan daripada orang ramai berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah, namun setelah pemeriksaan dilakukan polis gagal menemui dadah sebaliknya menjumpai senjata berkenaan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut menjualkan senjata buatan sendiri itu dengan harga RM1,000 selaras kepada pelanggan yang menempahnya.

Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan memiliki ganja.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah ditikam tujuh kali oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Lama di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mangsa Koh Ser Hup, 47, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini kira-kira setengah jam kemudian.

Menurut Shahdan, terdapat tujuh liang luka pada mayat si mati iaitu di bahagian leher, dada, tangan kiri, perut dan pinggang sebelah kiri dan mangsa dipercayai diserang di kawasan berdekatan dengan pusat penjaja dekat Jalan Hashim tidak jauh dari rumahnya.

"Motif serangan dipercayai ada kaitan dengan dadah memandangkan dia merupakan penagih tegar," katanya sambil menyatakan si mati mempunyai enam rekod jenayah termasuk lima darinya adalah kesalahan di bawah Seksyen 12(a) Akta Dadah Berbahaya iatiu memiliki dadah dan barang curi sejak 1988 hingga 2001.

Kes disiasat mengikut Seksyan 302 Kanun Keseksaan dan sehubungan itu beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi ASP Jalal Abdul Rashid di talian 013-4574777 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan