Penagih Mati Bergaduh Dengan Warga Asing

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Seorang penagih mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga asing di kawasan paya bakau Bagan Sungai Besar di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku apabila mangsa dipercayai pergi ke kawasan paya bakau berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah daripada kumpulan terbabit.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berumur 36 tahun dan menetap di Sungai Lias dikatakan pergi di kawasan itu dan berlaku pertengkaran dengan kumpulan warga asing terbabit sebelum mangsa diserang dengan lastik. "Mangsa dikatakan tidak puas hati dan kembali semula ke kawasan itu bersama rakannya sebelum berlaku pergaduhan yang mengakibatkan mangsa ditikam dan dipukul," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan turut mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian kanan perut mangsa dan berlaku pendarahan di hidung mangsa.

Noor Mushar berkata adik mangsa menerima panggilan memaklumkan abangnya dipukul kira-kira 7 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri di kawasan lumpur hutan paya bakau itu.

"Mangsa kemudian dibawa adiknya ke Hospital Sabak Bernam dan disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Susulan kejadian itu, katanya polis hari ini menahan tiga lelaki warganegara asing dipercayai suspek kes bunuh itu dalam serbuan di sebuah perkampungan nelayan berhampiran lokasi kejadian.

Ketiga-tiga lelaki itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah, ditahan secara berasingan kira-kira 12.30 tengah hari tadi. "Tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 27 tahun dan polis menemui 20 paket dadah jenis heroin pada suspek manakala tangkapan kedua pula membabitkan dua lelaki berumur 33 tahun dan menemui 28 paket berisi dadah jenis heroin daripada kedua-dua suspek," katanya.

Noor Mushar berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Menurutnya polis giat memburu dan menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan hutan paya bakau yang dihuni oleh kumpulan warganegara asing terbabit, yang menjadi pembekal dadah kepada penduduk tempatan dan berselindung di sebalik pekerjaan mereka sebagai nelayan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan