Mayat Wanita Ditemui Dalam Rumahnya

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kehilangan seorang wanita sejak tiga hari lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam rumahnya di Jambatan 4 Kampung Tinosa 2 dekat sini pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Jumayah Andi Rani, 37, yang mayatnya ditemui penduduk pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong ketika mengesahkan kejadian itu berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini n untuk dibedah siasat.

Jiran mangsa, Ita Lakase, 50, berkata mangsa mempunyai penyakit mental dan sawan tinggal seorang diri di rumah tersebut.

Katanya dia menyedari kehilangan mangsa apabila tidak lagi datang ke rumahnya untuk meminta makanan seperti yang dilakukannya setiap hari.

Berikutan itu, beliau berkata penduduk kampung kemudian memecah masuk ke dalam rumah itu dan menemui mayat mangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan