Kedai Perkakas Pertukangan Musnah Dalam Kebakaran Di Melaka

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebuah kedai dua tingkat yang menjual perkakasan pertukangan musnah dalam kebakaran di Jalan Berkat Malim Jaya di sini, tengah malam Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Melaka Ahmad Adli Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.04 pagi dan tiba 11 minit kemudian dengan tiga jentera dari Balai Jalan Kubu, dan masing-masing satu dari Balai Ayer Keroh dan Bukit Katil bersama 37 anggota.

"Ketika bomba tiba, api dalam keadaan marak di bahagian pintu hadapan kedai perkakasan pertukangan itu dan kita bertindak memecah masuk pintu bagi memberi laluan udara dalam kedai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata bomba menggunakan kaedah semburan buih kerana kebakaran melibatkan barangan pertukangan termasuk cat di premis berkenaan.

Katanya api dapat dipadam sepenuhnya pada 3 pagi namun 90 peratus daripada premis berkenaan musnah dijilat api.

Ahmad Adli berkata bomba juga berjaya mengawal api daripada merebak ke kedai elektrik dan aluminum bersebelahan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari tingkat bawah premis tersebut sebelum merebak ke tingkat atas namun punca sebenar serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, pemilik kedai Chuah Kim Guan, 55, berkata beliau menerima isyarat penggera kedai melalui telefon bimbitnya pada 11.51 malam sebelum bergegas dari rumahnya di Klebang ke premis yang telah beroperasi sejak enam tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan