23 Kaki Judi Diberkas di Premis Tidak Berlesen di George Town

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan 23 kaki judi termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah kedai makan di Tingkat Kenari, Sungai Ara di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Md Zin berkata ketika serbuan pada pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 48 tahun sedang leka berjudi serta tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Hasil risikan dan maklumat awam kita dapati pemilik premis itu berselindung di sebalik perniagaan makanan dan menganjurkan kegiatan perjudian haram kepada pelanggan mereka sejak beberapa bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Polis turut merampas pelbagai peralatan berjudi seperti dadu, cip pertaruhan pelbagai warna bernilai RM100 setiap satu dan wang tunai sebanyak RM1,032.

Hatta berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan