Polis Tahan Suspek Utama Kes Bunuh Suri Rumah

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya yang enggan rujuk semula melalui penderaan di Kampung Petaling Bahagia di Jalan Puchong, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di kawasan perindustrian Sungai Besi.

"Suspek ditahan pada pukul 1.15 pagi tadi ketika bersembunyi dalam stor rumah tersebut," katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 18 Mei lepas, seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai didera kerana menolak hasrat suaminya untuk rujuk semula selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan