Polis Tahan Seorang Suspek Kes Dera Suri Rumah

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang suri rumah yang didera suaminya di Kampung Petaling Bahagia, Jalan Puchong di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Kinrara Puchong.

"Penglibatan suspek... tolong hantar mangsa ke hospital bersama suspek utama iaitu suami mangsa," katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini pada Ahad.

Ku berkata polis kini masih memburu suami mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa, Nurhidayah A. Ghani, 28, meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1.10 pagi Sabtu.

Suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas.

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan