Pekerja Asrama Persendirian Jumpa Janin Dalam Mangkuk Tandas

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Satu janin manusia dipercayai berusia 10 minggu ditemui dalam sebuah mangkuk tandas asrama persendirian yang didiami sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Jalan Kebun Sultan di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang pekerja lelaki asrama menemui janin seberat 10 gram dan sepanjang kira-kira lima sentimeter bersama sehelai seluar dalam.

"Pekerja itu kemudian menghubungi majikannya sebelum majikan tersebut membuat laporan polis. Siasatan oleh Unit Forensik mendapati kematian janin tersebut kerana keguguran," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata sehingga kini, suspek masih belum dikenal pasti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Asrama yang terletak di bangunan sebuah hotel itu mempunyai 10 bilik tidur, dua bilik air dan sebuah tandas, didiami pelajar perempuan yang menuntut di beberapa IPT berhampiran, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan