Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran P.Pinang Ditahan Samun Kedai 24 Jam

Diterbitkan: Ahad, 19 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dipercayai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditahan selepas dia menyamun dengan sabit sebuah Kedai 24 jam di Lebuh Pantai di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pada mulanya terserempak dengan suspek yang menutup mukanya dengan bajunya sambil tergesa-gesa keluar dari premis itu sebelum melarikan diri dengan sebuah Perodua Myvi, kira-kira 5 pagi. "Anggota kita yang mengekori suspek berjaya menahan suspek yang berusia 26 tahun itu di lampu isyarat Lebuh Carnavon tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan ke atasnya mendapati suspek turut memiliki sebilah sabit," katanya kepada pemberita di sini SAbtu.

Beliau berkata sabit itu dipercayai digunakan untuk mengugut pekerja kedai itu untuk menyerah hasil jualan premis berkenaan.

Suspek yang sudah berkeluarga dan tidak mempunyai rekod jenayah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan