Polis Rampas Pistol Buatan Sendiri, Tahan Dua Lelaki Dalam Serbuan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini awal Jumaat.

Dalam operasi pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki berusia 38 dan 31 tahun berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pembuatan pistol tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, pihaknya turut merampas dua butir peluru penabur serta satu 'holster' (sarung pistol) berwarna hitam yang disembunyikan di rumah tersebut.

Kedua-dua orang suspek yang tidak bekerja itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Hukuman Lebih Berat) 1960, katanya pada sidang media di sini.

"Seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan dadah," katanya yang tidak menolak kes itu ada kaitan dengan samun bersenjata api di Kedah.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam kali sebatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan