Persatuan Alumni UiTM Buat Laporan Polis Nafi Kenyataan Berbaur Hasutan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pemimpin pakatan rakyat bahawa seorang daripada panel forum anjuran persatuan itu Ahad lepas membuat kenyataan berbaur hasutan.

Setiausaha Agung persatuan itu Shukri Ishak berkata laporan itu dibuat bagi menafikan dakwaan Pengerusi DAP Karpal Singh kononnya bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan perkauman dalam "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" yang diadakan di sebuah hotel di sini.

"Kami nafikan Mohd Noor ada keluarkan kenyataan rasis seperti itu kerana kami tidak mendengarnya dalam pita rakaman (yang dibuat pada majlis itu)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi di sini.

Forum sehari anjuran bersama persatuan itu dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu turut dihadiri oleh pelbagai wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara.

Shukri berkata: "Perkara yang dibincangkan dalam wacana itu lebih fokus kepada isu perpaduan ummah sebab kita risau tentang trend pengundi sekarang. "Apabila berlaku, kita perlu menyedarkan masyarakat bahawa Malaysia ini adalah (negara) majmuk dan (rakyat di negara ini) perlu mempercayai antara sesama kaum yang lain. Jadi, kita perlukan sesuatu untuk membetulkan keadaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan