Tukang Rumah Kena Tembak Ketika Sarapan Di Kedai

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang tukang rumah yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai di Kampung Kemayan di Bachok pagi Khamis tercedera akibat terkena dua das tembakan oleh penunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata Azmi Ismail, 37, cedera di pinggang dan peha kanan selepas terkena tembakan yang datang dari arah belakangnya kira-kira 8 pagi.

Suspek dikatakan memakai kain pelekat, berbaju hitam dan bertopi keledar.

"Sehubungan itu kita melakukan Ops Tutup bagi mengesan suspek sementara dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Lai berkata mangsa yang dibawa orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan