Polis Akan Ambil Tindakan Tega Terhadap Penganjur Ajak Rakyat Turun Ke Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan yang mengajak rakyat turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan yang sah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan penganjur yang melakukan provokasi bertujuan menghasut rakyat adalah salah di sisi undang-undang negara serta boleh menimbulkan kekacauan.

"Itu memang satu ucapan yang berbahaya, yang berbentuk provokasi untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya...dalam perundangan negara kita tidak boleh sesiapa menukar kerajaan melalui cara yang tidak demokrasi, ia mesti dilakukan dengan cara demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Kementerian Pertahanan sempena persaraannya Jumaat ini, di sini, Rabu.

Ismail berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sudah memikirkan cara yang terbaik bagi menangani situasi tersebut termasuk mengambil tindakan yang bersesuaian ke atas penganjur yang cuba menimbulkan huru-hara. "Polis akan ambil langkah pencegahan...sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sah adalah menyalahi undang-undang," katanya.

Semalam satu portal berita mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang didakwa mengajak rakyat untuk turun berhimpun bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa mereka kononnya tidak telus.

Sementara itu, Ismail menyuarakan keyakinan yang tinggi terhadap Khalid sebagai penggantinya yang dilihat mampu mengangkat martabat serta imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke peringkat lebih tinggi.

"Saya yakin dengan beliau...beliau sudah bersedia, saya telah beri banyak peluang untuk beliau membuat persiapan sejak dua tahun lepas, saya yakin beliau mampu mengekalkan keamanan serta menjaga keselamatan orang ramai," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan