Minta Wang Suapan: Pegawai Kastam Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang pegawai kastam Pulau Pinang kerana disyaki meminta wang suapan daripada dua pekedai runcit sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual rokok seludup.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lelaki berumur 39 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Trong pada pukul 5.30 petang Isnin, susulan aduan daripada mangsa.

Pengadu mendakwa suspek datang ke pasar mininya pada pukul 4 petang meminta wang sebanyak RM500 kerana menjual barangan yang menyalahi undang-undang, namun pengadu enggan kerana sebelum ini suspek pernah meminta wang RM1,000.

"Pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu dan meminta untuk berbincang di Balai Polis Changkat Jering, namun dalam perjalanan ke balai lelaki itu telah melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada Selasa.

Menurut Mohd Shukri, 40 minit kemudian lelaki yang berasal dari Taman Simpang, Taiping itu ke kedai runcit di Sungai Kerang, Taiping dan mengambil wang tunai RM300 daripada mangsa sebelum beredar menaiki kereta yang sama. "Anak pengadu membuat laporan dan hasil daripada maklumat, anggota Balai Polis Changkat Jering telah meminta buat hebahan ke atas kenderaan yang digunakan dan minta ditahan," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati kereta terbabit didaftar atas nama lelaki itu dan Kastam Pulau Pinang mengesahkan dia adalah pegawai mereka.

"Rampasan daripada beg duit lelaki itu menjumpai kad kuasa dan logo kastam serta sejumlah wang tunai," katanya.

Lelaki itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Taiping hari ini untuk tindakan lanjut, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan