Remaja Maut Motosikal Bertembung Kereta

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira di Km28 Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Maran pagi Isnin.

Sheikh Mohd Farid Sheikh Zulkifli, 17, yang bekerja sendiri dan menetap di Felda Jengka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan dalam kemalangan 1.20 pagi itu.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, ketika itu mangsa datang dari arah Bandar Jengka menuju Temerloh.

"Mangsa dipercayai memotong sebuah lagi motosikal sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta terbabit.

"Pemandu kereta berkenaan, Zool Amali Zainal Abidin, 39, dan penunggang sebuah lagi motosikal itu, Muhamad Shazwan, 18, yang turut terbabit dalam kemalangan, hanya cedera ringan," katanya di sini, Isnin.

Mohamed Fauzi berkata, siasatan awal turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan