Sebuah Bilik Di Kuarters Kerajaan Jalan Duta Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah 'bilik sembahyang' di sebuah unit di Tingkat 14, Blok F, Kuarters Kerajaan Jalan Duta di sini terbakar pagi Ahad.

Penghuninya A.Vijayan, 54, seorang pegawai penerangan di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata sebuah pelita yang ditinggalkan di bilik itu mungkin menjadi punca kebakaran kira-kira 7.45 pagi itu.

"Ketika keluar rumah, saya juga ada meninggalkan pelita dalam keadaan menyala dan mungkin itu menjadi punca bilik sembahyang saya terbakar," katanya yang bergegas pulang apabila diberitahu tentang kejadian tersebut oleh anak sulungnya.

Beliau yang mendiami kuarters berkenaan sejak 10 tahun lepas berkata beliau bersama isteri dan seorang anak lelakinya pergi ke pasar dan meninggalkan dua anak perempuannya yang sedang tidur.

Dua beradik tersebut hanya menyedari kejadian itu apabila dikejutkan jiran yang melihat asap tebal keluar dari tingkap bilik air unit tersebut.

Mohd Syamim Azmeer Sabaruddin, 23, berkata beliau yang baharu keluar dari lif di tingkat berkenaan pada mulanya melihat seorang kanak-kanak sedang mengetuk pintu rumah itu.

"Saya juga mengetuk pintu rumah jiran saya itu. Pintu hanya dibuka beberapa minit kemudian oleh dua orang anak jiran saya sebelum kami bergegas turun ke bawah untuk menyelamatkan diri dan menghubungi bomba," katanya kepada pemberita.

Sebelum pihak bomba dan penyelamat tiba, kebakaran turut dikawal oleh para jiran dengan menggunakan alat pencegahan yang terdapat di premis berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 pagi dan menghantar 26 anggota dan tiga jentera dari balai Sentul dan dua dari balai Hang Tuah.

Pihak penyelia kuarters tersebut berkata mangsa sekeluarga akan diberi penempatan sementara di blok lain sebelum diberi unit baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan