Pembantu Kedai Maut Terkena 10 Das tembakan Di Kulim - Berita Jenayah | mStar

Pembantu Kedai Maut Terkena 10 Das tembakan Di Kulim

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas malam Sabtu.

Mangsa yang dikenali sebagai K.Thangaraja, 31, dari Taman Perak di sini dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada pukul 8.43 malam.

"Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan tersebut. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.

"Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh ketika dihubungi, Ahad.

Beliau berkata pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baharu berpindah di taman tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan