20 Unit Rumah Panjang Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 orang hilang tempat tinggal apabila 20 unit rumah panjang dua tingkat yang mereka diami di Taman Ikan Emas, Cheras di sini musnah dalam kebakaran petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Abd Rahman Hassan Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 2.29 petang mengenai kejadian itu yang dikatakan berlaku pada kira-kira 2.15 petang.

Pihaknya menghantar tujuh jentera dengan 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Seputeh, Keramat, Pudu dan Hand Tuah ke tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 6 petang dan jumlah kerugian masih disiasat.

Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari sebuah rumah kosong terletak bersebelahan rumah panjang itu.

"Kita percaya api merebak dengan pantas kerana faktor lantai yang diperbuat daripada kayu selain setiap rumah itu sendiri tidak mempunyai dinding pemisah di bahagian bumbung," katanya.

Abd Rahman Hassan berkata tiada penghuni yang cedera dalam kebakaran itu namun dua anggotanya cedera ringan ketika memadamkan api dan mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, mangsa, A.Palaniayee, 83, berkata beliau sedang berehat di rumahnya semasa menyedari kebakaran itu merebak ke rumah jirannya.

"Saya terus keluar menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barang-barang," katanya.

Mohd Ali Khalidin, 30, pula berkata beliau sedang minum di sebuah gerai berdekatan rumah panjang itu apabila melihat kebakaran itu.

Beliau segera menghubungi pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad untuk memaklumkan kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan