Tukang Kayu Maut Motosikal Dirempuh Dari Belakang

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang kayu maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang oleh motosikal lain yang ditunggangi seorang remaja di Jalan Pusara di sini tengah hari Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, Salleh Abdullah, 59, menunggang motosikalnya bersendirian dan dipercayai ingin keluar dari simpang di tempat kejadian sebelum datang motosikal yang ditunggangi seorang remaja berusia 14 tahun dari arah yang sama lalu melanggarnya.

Akibat rempuhan itu mangsa yang berasal dari Kampung Titian Lembut di sini maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah manakala remaja itu yang berasal dari Jalan Panji Alam patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan