Anjur Protes Haram, Seorang Penuntut IPT Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini ditahan polis untuk diambil keterangan kerana disyaki menganjurkan protes tanpa permit terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 di kawasan premis IPT itu pada Khamis.

Protes secara aman yang diadakan pada kira-kira 12.30 tengah hari di perkarangan pintu masuk IPT itu yang disertai kira-kira 50 penuntut bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki cuba menghalang penuntut terbabit meneruskan protes itu.

Anggota polis yang hadir bagi menyuraikan kekecohan itu terpaksa menunggu lebih dua jam untuk membawa penuntut yang ditahan itu ke balai polis.

Anggota Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mengiringi penuntut itu ke Balai Polis Sungai Nibong.

Jurucakap polis yang dihubungi Bernama berkata penuntut itu dibebaskan selepas polis merekodkan keterangannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan