Rakyat Melaka Diingat Tidak Sebar Hasutan Melalui SMS & Media Sosial

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis mengingatkan orang ramai di Melaka agar tidak terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur hasutan melalui SMS atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial mengenai hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa Melayu bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini.

"Saya percaya khabar angin berbaur hasutan ini disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai keinginan untuk mencetuskan huru-hara di negara kita ini kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata tindakan itu tidak seharusnya berlaku dan rakyat perlu menerima keputusan pilihan raya dalam keadaan tenang dan kembali hidup bermasyarakat dengan harmoni.

Chuah turut menasihatkan rakyat Melaka supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pembangkang di Stadium Kelana Jaya, malam ini.

"Mereka yang menghadiri perhimpunan itu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Sementara itu, Chuah berkata pihaknya menerima 276 laporan sepanjang pilihan raya umum ke-13 bermula hari penamaan calon pada 20 April hingga hari pengundian 5 Mei lepas membabitkan pelbagai kes termasuk menurunkan bendera atau poster parti bertanding dan penggunaan dakwat kekal.

Beliau berkata enam tangkapan turut dilakukan antaranya melibatkan kejadian pergaduhan dan penyamaran sebagai pemerhati bebas sepanjang PRU-13. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan