Polis Tahan Dua Lelaki Warga Iran, Rampas Dadah Bernilai RM120,00

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga Iran serta merampas dadah jenis syabu seberat satu kilogram bernilai RM120,000 di Jalan Wangsa Delima bersebelahan Carrefour Wangsa Maju, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata kedua-dua suspek berumur 40 dan 44 tahun, ditahan pukul 5.53 petang.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta milik suspek, polis menjumpai sebungkus plastik hitam mengandungi bahan kristal jernih disyaki syabu yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

"Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan ketika sedang menunggu pelanggan bagi urusan jual beli dadah," katanya.

Lelaki berusia 44 tahun itu seorang peniaga dan pernah mempunyai rekod jenayah pada 2010, namun terlepas kerana ditangkap beramai-ramai dan tiada bukti yang boleh mensabitkan kesalahan ke atasnya.

Wan Abdullah berkata bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, pihaknya menangkap 50 warga asing kerana kesalahan dadah iaitu 26 dari Myanmar, Iran (12), dua masing-masing dari Vietnam, Nigeria dan Indonesia serta seorang masing-masing dari China, Filipina, Bangladesh, Singapura, Madagascar dan Nepal.

"Kesemua suspek menggunakan visa pekerja bagi memasuki negara ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan