Polis Johor Siasat Pemilih Akaun Facebook Dakwa Lori Polis Bawa Pengundi Hantu

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat pemilik akaun laman sosial yang mendakwa lori polis digunakan untuk membawa pengundi hantu ke Batu Pahat.

Katanya siasatan rapi perlu dilakukan bagi memastikan individu yang melemparkan dakwaan itu diambil tindakan sewajarnya kerana dakwaan itu merupakan fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menyifatkan polis turut mempunyai hak untuk mempertahan imej, Mohd Mokhtar berkata satu laporan polis telah dibuat di Batu Pahat agar dakwaan itu disiasat berlandaskan undang-undang bagi membersihkan PDRM daripada fitnah seumpama itu.

Beliau menegaskan lori polis itu digunakan untuk membawa Unit Pasukan Penggempur Kecil (PORU) bagi memantau keadaan keselamatan semasa proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Tiada insiden pengundi hantu berlaku di negeri ini. Saya nasihatkan individu sebegini agar berhenti memfitnah polis dan jangan salah guna kemudahan media sosial sedangkan selama ini polis laksanakan tanggungjawab dengan baik menjaga keamanan negara," katanya pada sidang media di sini .

Sementara itu, Mohd Mokhtar menasihati rakyat Johor agar tidak terpengaruh dengan hasrat segelintir individu yang cuba menganjurkan perhimpunan haram bagi mengganggu kesejahteraan di negeri ini.

"Ada beberapa kumpulan telah dikesan cuba berhimpun secara haram dan mereka diberi amaran tegas agar jangan timbulkan sebarang kekecohan kerana ketua-ketua polis daerah telah diarahkan untuk segera mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan terlibat," katanya.

Beliau berkata sebanyak 1,231 laporan polis pelbagai dakwaan diterima sepanjang tempoh PRU13 dan 12 individu telah ditahan, tiga daripadanya telah didakwa di mahkamah manakala selebihnya masih direman untuk membantu siasatan.

Katanya, polis turut menerima laporan berbaur hasutan dan memberi keutamaan siasatan bagi laporan sedemikian bagi menjaga keharmonian di negeri ini dan mengelak sebarang provokasi pihak tidak bertanggungjawab. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan