Perhimpunan di Kota Kinabalu: Kertas Siasatan Dibuka

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan 'Silent Walk Protest' di sekitar bandar raya ini Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pihak polis akan mengenal pasti pihak penganjur dan mereka di belakang perhimpunan itu.

"Kemudian kita akan ambil tindakan selepas mengenali identiti mereka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu di sini, RAbu.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 100 orang yang berhimpun di Suria Sabah Shopping Mall pada 5 petang dan berjalan kaki menerusi jalan-jalan komersial, bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Hamza mengingatkan semua pihak agar mematuhi peraturan dan prosedur undang-undang untuk mengadakan perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melanggar akta itu.

Beliau juga berkata rakyat tidak harus mengadakan perhimpunan kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya. "Mereka yang tidak berpuas hati boleh mengemukan petisyen dan biar mahkamah yang memutuskan dari sudut undang-undang yang sah," katanya.

Hamza berkata pihaknya memantau media alternatif dan sosial yang menggalakkan sesuatu perhimpunan termasuk mengatakan negara ini tidak aman.

Polis Sabah menerima 50 laporan berkaitan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 yang akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, katanya.

Sebelum sidang akhbar itu, Hamza menerima sumbangan RM3,030 daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan untuk Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan