Polis Nafi Berlaku Kekecohan di Dewan Jubli Perak Bentong Ahad Lalu

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Polis Bentong menafikan khabar angin di media sosial berhubung timbul kekecohan dan tunjuk perasaan selepas pengiraan undi di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah Bentong pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata tiada sebarang kekecohan, perarakan atau tunjuk perasaan berlaku termasuk gangguan bekalan elektrik, malah semuanya berjalan baik.

"Hanya sekumpulan kecil penyokong pembangkang yang berkumpul di seberang jalan di depan Dewan Sultan Haji Ahmad Shah sebagai menyokong kemenangan pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut, Ketari dan Sabai, namun mereka bersurai 15 minit kemudian," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Mohamad Mansor berkata polis mengadakan kawalan dan pemantauan yang rapi dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan semasa proses pengundian dan pengiraan berlangsung.

Katanya khabar angin tidak bertanggungjawab itu merupakan provokasi pihak tertentu yang cuba menjejaskan nama baik pasukan polis. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan