Abang Maut Dua Adik Cedera Nahas Kereta Di Pahang

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang peniaga maut manakala dua adiknya cedera apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh tiang pagar sebuah rumah di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini, awal pagi Selasa.

Mohd Khaidil Ismail, 25, mati di tempat kejadian manakala dua adiknya yang cedera ialah Mohd Nazri, 20, dan Mohd Hassan, 18.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu mangsa dalam perjalanan dari bandar ini menuju ke rumah mereka di Pekan.

"Di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu Mohd Khaidil hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh tiang pagar sebuah rumah di tepi jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Sementara itu, Nurliza Che Noh, 50, berkata ketiga-tiga anaknya keluar dari rumah mereka di Kampung Lepar Baru, Tanah Putih, Pekan kira-kira 9 malam untuk ke Hospital Pekan selepas Mohd Khaidil mengadu sakit kepala.

"Saya tidak tahu mereka pergi ke Kuantan, saya reda akan pemergiannya dan bersyukur dua lagi anak saya selamat," katanya.

Pemilik rumah yang dirempuh kereta itu, Nor Ashikin Awang, 38, berkata beliau dikejutkan dengan bunyi brek disusuli dentuman kuat di bahagian hadapan rumah sebelum mendengar orang menjerit sakit serta minta tolong.

"Sebaik keluar dari rumah saya melihat sebuah kereta merempuh tiang pagar rumah dan saya agak mengigil apabila melihat tiga lelaki tersepit dalam kereta itu," katanya.

Nor Ashikin berkata, dia sempat melihat Mohd Khaidil yang memandu kereta itu dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun dikejutkan orang ramai beberapa kali.

"Sejak saya tinggal di sini lebih 20 tahun lepas, ini adalah kejadian keenam rumah saya dirempuh kenderaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan