Disangka Pendatang Asing: Suami Anggota Polis Dipukul Di Luar Pusat Mengundi - Berita Jenayah | mStar

Disangka Pendatang Asing: Suami Anggota Polis Dipukul Di Luar Pusat Mengundi

Diterbitkan: Ahad, 5 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Thajudeen bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Rawang
Thajudeen bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Rawang

RAWANG: Suami kepada seorang anggota polis wanita mendakwa dia dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali di pusat pengundian di sini.

Tajudeen N. Anver Dacha,50, seorang rakyat Malaysia berkata insiden tersebut berlaku ketika dia sedang berjalan menuju ke Dewan Serbaguna Rawang untuk membuang undi

"Saya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang mendakwa saya pendatang asing.

"Mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepad saya sebelum saya disepak di bahagian belakang dan dipukul oleh salah seorang daripada mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tajudeen berkata beliau berasa takut akan keselamatannya dan kecewa apabila dinafikan hak untuk mengundi sebagai rakyat Malaysia yang sah.

"Saya dilahirkan di Taiping, Perak. Mengapa ada orang mahu menghalang saya daripada mengundi.

"Ini satu bentuk diskriminasi terhadap saya hanya kerana saya orang India Muslim yang mempunyai kulit cerah," katanya.

Tajudeen berkata dia telah membuat laporan polis di balai polis Rawang.

said he lodged a police report at the Rawang police station.

"Saya akan balik ke sana dan mengundi secepat mungkin sebaik sahaja saya selesai membuat laporan polis," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan