Rakyat Amerika Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh - Berita Jenayah | mStar

Rakyat Amerika Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat David James Ginter, 62, ditemui di tingkat atas oleh jiran mangsa dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon bimbit.

Beliau berkata difahamkan mangsa menetap di taman itu sejak empat tahun lepas dan bekerja di sebuah syarikat konsultan, selain menjadi paderi.

"Isteri mangsa kini berada di Melbourne, Australia cuba menelefon mangsa tetapi gagal, lalu si isteri menghantar khidmat pesanan ringkas kepada jiran pada 10.20 pagi Sabtu meminta beliau memeriksa keadaan suaminya.

"Jirannya diminta memeriksa kereta si mati dan anjing peliharaan mereka di dalam rumah," kata Amiruddin kepada pemberita.

Beliau berkata kereta Toyota Avanza milik mangsa dilaporkan hilang manakala anjingnya dikurung di bilik tingkat bawah.

Motif pembunuhan belum diketahui.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan