Polis Bendung Cubaan Gerakkan Demonstrasi Jalanan Umpama Arab Spring Esok

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil langkah membendung cubaan untuk menggerakkan demonstrasi jalanan umpama 'Arab Spring' yang dirancang pihak tertentu bagi mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya umum ke-13, Ahad.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.

"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan 'Arab Spring' di negara ini.

"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil 'Malaysia Spring' kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Sabtu.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap perkara ini dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil 'Malaysia Spring' itu.

"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita. Jadi belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.

Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang pada Jumaat, Khalid berkata perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi pada Ahad.

Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.

"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.

Pada Jumaat, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun.

Khalid juga berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat kekecohan pada Ahad, dan para pegawai polis di semua pusat mengundi telah diberi taklimat secukupnya untuk mengawasi individu-individu yang tidak berkenaan yang cuba membuat kecoh, seperti memeriksa kad pengenalan orang ramai.

"Kami dah bagi taklimat yang sejelas-jelasnya kepada pegawai-pegawai kami supaya ambil tindakan terhadap mereka yang cuba buat kecoh. Jadi saya ingatkan mereka yang ada rancangan untuk timbulkan kekecohan di pusat mengundi supaya menghentikannya," katanya.

Beliau berkata polis tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab pasukan itu secara profesional.

"Jangan ada pihak yang tuduh kami itu dan ini. Kami akan pastikan proses demokrasi ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama," katanya.

Sementara itu, Khalid mengingatkan agar parti politik yang menang pada PRU-13 Ahad ini agar tidak bertindak meraikan kemenangan, dan yang kalah meluahkan bantahan.

"Kami tak akan benarkan atau beri izin sebarang perarakan, yang bertujuan untuk meraikan kemenangan atau membantah, selepas keputusan PRU-13 diumumkan pada Ahad.

Mereka seharusnya menerima apa sahaja keputusan secara gentleman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan